Media Mulia, Agrobank agih 1,000 pek bubur lambuk

Media Mulia, Agrobank agih 1,000 pek bubur lambuk

Kakitangan Media Mulia bersama Agrobank menuang bubur lambuk ke dalam bekas pada program Kongsi Berkat Bubur di Surau Jumaat Al-Husna Seri Semarak, Kuala Lumpur, baru-baru ini. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 pek bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai menerusi kerjasama Agrobank dan Media Mulia Sdn Bhd. (MMSB).

Program Kongsi Rezeki Bubur Lambuk anjuran MMSB dan Agrobank yang bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan itu diadakan di pekarangan Surau Jumaat Al-Husna Seri Semarak di Setapak di sini.

Pengarah Urusan dan Pengarang Kumpulan MMSB, Mohamad Azlan Jaafar berkata, program agihan bubur lambuk itu adalah anjuran kali kedua pihaknya dalam menyantuni komuniti setempat dengan berkongsi rezeki juadah berbuka.

Beliau juga berharap aktiviti tahunan itu dapat terus dikembangkan setiap tahun meliputi ke seluruh negara.

“Semoga akan datang kita dapat membantu masyarakat mengimarahkan bulan Ramadan,” katanya pada program tersebut di sini semalam.

Terdahulu, program itu bermula dengan gotong royong menyediakan bahan dan memasak bubur lambuk yang melibatkan kariah Surau Jumaat Al-Husna Seri Semarak dan Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, wakil daripada MMSB dan Agrobank seawal pukul 7.30 pagi.

Pengagihan bubur lambuk mula diagihkan kepada komuniti setempat pada pukul 5 petang.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Agrobank, Mohamed Iqbal Mohamed Iqbal berkata, program tersebut berlangsung di 10 lokasi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang berjalan serentak semalam.

Menurutnya, program itu juga merupakan agenda Agrobank dalam memberi semula kepada masyarakat selain daripada program perbankan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pihaknya menyokong program seperti itu yang dijalankan bersama dengan pihak media se­perti Kosmo!, Utusan Malaysia dan sebagainya.

“Kita boleh rangka lebih banyak lagi program pada masa hadapan melibatkan program-program menyantuni masyarakat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN