Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan RM3.06 juta untuk tujuan Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman yang diagihkan melalui kariah-kariah masjid seluruh negeri Perlis sepanjang tahun 2024. Sumbangan itu adalah sebahagian daripada inisiatif MAIPs dalam usaha mempertingkatkan lagi keselesaan golongan sasar yang melibatkan isu-isu baikpulih kecil kediaman yang dilaksanakan melalui Jawatankuasa Kariah Masjid selari dengan Pelan Strategik MAIPs 2021-2025. Simbolik peruntukan tersebut disempurnakan oleh Raja…










