LUMUT: Terminal Maritim Lumut 2 (LMT2) milik anak syarikat kerajaan Perak, Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd. (Lumut Port) di sini disasar mengendalikan tujuh juta tan metrik kargo apabila beroperasi sepenuhnya pada 2026. Projek tersebut yang diyakini menjadi pemangkin dalam memperluaskan potensi Lumut sebagai pengendali terminal kargo pukal paling efisien di Asia Tenggara, mampu mencipta kira-kira 500 peluang pekerjaan serta membuka rangkaian operasi pembekal dan perniagaan dalam industri maritim. Menteri Besar,…










