SEPANG: Syarikat penerbangan tempatan dibenarkan untuk mengenakan levi bahan api mampan (SAF) sebaik selesai pindaan Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Kod Tatakelakuan) 2018 pada April ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pindaan itu akan dilakukan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM). Beliau berkata, sebaik dilaksana, kadar levi itu akan ditetapkan oleh syarikat penerbangan berkenaan bukannya oleh kerajaan. “Polisi kita berbeza dengan Singapura kerana kita bukan mewajibkan perkara itu kepada syarikat penerbangan tempatan sebaliknya secara pilihan kepada mereka,” katanya selepas melancarkan promosi tambang rendah harga tetap AirAsia sempena Hari Raya Aidilfitri, di sini hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya