PASIR PUTEH: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di kilometer 16.5 Jalan Melawi- Kuala Besut berhampiran Kampung Air Tawar, Tok Bali di sini semalam. Dalam kejadian pukul 6.08 petang itu, mangsa berusia 24 tahun meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Anis di sini. Ketua Polis Daerah Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian sebuah trak pikap yang dipandu lelaki…