Lelaki ditahan rosakkan patung pameran

Lelaki ditahan rosakkan patung pameran

SUSPEK yang dilaporkan merosakan satu patung batu pameran di sebuah rumah ibadat di Taman Rekamas di Simpang Renggam pada 13 Mac baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang lelaki tempatan ditahan polis kerana merosakkan patung batu pameran di sebuah rumah ibadat di Taman Rekamas, Simpang Renggam kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi pada 13 Mac lalu.

Kata beliau, laporan kejadian dibuat oleh seorang lelaki warga tempatan pada pukul 10.40 pagi hari yang sama. 

Susulan laporan itu,  polis telah menjalankan siasatan dan seorang lelaki berusia 30-an ditahan di rumahnya di Kampung Kurnia, di Simpang Renggam kira-kira pukul 1.20 pagi seharian kemudian 

“Semakan mendapati, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing juga negatif dari pengaruh dadah. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen  295 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tempoh dua tahun dan denda,” Katanya melalui kenyataan hari ini. 

Menurut Bahrin lagi, suspek kini direman selama empat hari mulai 14 Mac lalu untuk membantu siasatan. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN