IPOH: Sebuah kilang penghasilan ubat musnah dalam kebakaran di Jalan Kuala Kangsar semalam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.25 malam. Katanya, seramai 51 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, BBP Pasir Puteh dan BBP Simpang Pulai dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru dan Bercham dikejarkan ke lokasi kejadian. “Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan bangunan…