KOTA BHARU: Memiliki rumah serta tanah sendiri dan tidak perlu menyewa menjadikan Jeli sebagai antara bandar paling bahagia di negara ini melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2024 yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, walaupun menjalani kehidupan secara sederhana namun situasi itu membuatkan mereka sudah cukup bahagia. Katanya, pembangunan berterusan melibatkan…










