Kes Daim: Rumah pemaju hartanah digeledah, disiasat SPRM

Kes Daim: Rumah pemaju hartanah digeledah, disiasat SPRM

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat ahli perniagaan serta pemaju hartanah, Datuk Seri Akbar Khan berhubung dakwaan kes rasuah yang melibatkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Memetik laporan portal berita CNA, pemegang saham utama BRDB Developments Sdn. Bhd. itu disiasat berikutan terdapat dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah.

Difahamkan, pihak berkuasa telah menahan beliau dan menyoal siasat Akbar pada minggu lalu selepas menyerbu rumah serta premis perniagaan miliknya di Kuala Lumpur.

“Akaun perniagaan dan peribadi milik Akbar telah dibekukan dan beliau telah diarahkan supaya mengisytiharkan semua aset termasuk pegangan kewangan keluarganya.

“Pemaju hartanah tersebut dijangka dipanggil semula untuk disoal siasat bersama beberapa individu lain dalam tempoh terdekat,” lapornya.

Kedua-dua individu terbabit berperanan dalam penghantaran balik saham beku bernilai AS$4 bilion atau bersamaan RM18.75 bilion yang pernah disenaraikan dalam Central Limit Book Order (CLOB).

Bagaimanapun, pasaran perdagangan Singapura tidak lagi berfungsi dalam urus niaga yang melibatkan pertukaran pegangan saham di konglomerat Multi-Purpose Holdings Bhd (MPHB) pada akhir 1990-an dan 2000 di negara ini.

Difahamkan siasatan itu turut dikaitkan dengan pengambilalihan Akbar ke atas MPHB pada 1999 termasuk struktur perjanjian tersebut.

Difahamkan, siasatan turut difokuskan kepada pemulangan saham beku bernilai USD4 bilion (RM18.75 bilion) yang pernah tersenarai dalam Central Limit Order Book (CLOB), pasaran kaunter Singapura yang berdagang terutamanya saham Malaysia, namun kini tidak lagi berfungsi.

Selain itu, siasatan turut dijalankan berhubung urusan pertukaran pegangan saham di syarikat konglomerat Multi-Purpose Holdings Bhd (MPHB) pada akhir 1990-an dan 2000.

SPRM turut dilaporkan menyiasat pinjaman USD140 juta unit MPHB kepada firma British Virgin Islands, Eightybridge United SA dan Strykers Development Inc, yang seterusnya digunakan untuk memperoleh blok kawalan saham MPHB daripada taikun Lim Thian Kiat.

Pejabat Akbar enggan mengulas butiran siasatan itu, namun seorang jurucakap berkata, tumpuan utama mereka masih “untuk memastikan siasatan yang adil dijalankan”.

Bulan lalu, Daim didakwa gagal mengisytiharkan pemilikan 71 aset kepada SPRM, termasuk 38 syarikat, 19 bidang tanah di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur.

Sementera itu, isteri Daim, Toh Puan Na`imah Khalid, minta dibicarakan atas tuduhan gagal mematuhi notis SPRM yang menghendaki aset diisytihar.

Keluarga itu memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap siasatan SPRM berhubung hal ehwal mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN