PADANG TERAP: Kerajaan negeri dan Syarikat Air Darul Aman (SADA) khususnya disaran untuk bertindak lebih efektif dalam menangani masalah gangguan bekalan air bersih yang teruk melanda beberapa tempat di seluruh negeri ini. Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau sendiri menerima rungutan daripada rakyat ketika berkunjung ke Langkawi serta di bahagian selatan Kedah, baru-baru ini. Menurutnya, pihak terlibat sepatutnya lebih teratur dalam menyalurkan maklumat semasa kepada…