KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui gaji dan elaun sara hidup anggota polis masih pada tahap rendah dan tidak memadai khususnya bagi yang menetap di bandar besar. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, susulan itu kerajaan melakukan penstrukturan gaji dan elaun melibatkan semua anggota perkhidmatan awam serta kajian turut membabitkan emolumen anggota polis. “Kerajaan dan KDN sedang dalam pelaksanaan kajian sistem saraan perkhidmatan awam,…