KEB 2024: Belia perlu bina ekosistem setempat terlibat perniagaan berisiko 

KEB 2024: Belia perlu bina ekosistem setempat terlibat perniagaan berisiko 

SEBAHAGIAN peserta yang hadir Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Golongan belia di negara ini perlu ada wawasan jauh dengan membina ekosistem setempat jika mahu terlibat dalam sebarang aktiviti perniagaan yang berisiko.

 Perkara itu antara nasihat disuarakan aktivis belia tempatan, Kuhan Pathy ketika menjadi panel Diskusi Madani 2 bersempena dengan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di sini.

 Jurutera yang juga usahawan muda itu menambah, beliau banyak belajar hasil daripada kesilapan ketika mengasaskan program trak saji terkenal, Masala Wheels pada 2015 lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

 “Niat saya baik untuk bantu bekas samseng di Lembah Klang namun pernah jatuh ketika pandemik Covid-19 dan dari situ saya lihat perlu ada jaringan ekosistem lokal,” katanya menerusi slot bertemakan Mendepani Cabaran Menoktahkan Kemiskinan Tegar dihoskan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi, Datuk Dr. Zunika Mohamed.

 Mengulas lanjut, Kuhan yang pernah mengharumkan negara apabila terpilih menyertai program kepimpinan Asia Pasifik Yayasan Obama pada 2022 itu mahu belia tidak gopoh dan perlu ada strategi jangka panjang dan matlamat jelas untuk jana pendapatan secara berterusan.

 “Pada masa sama, belia kena ada model positif yang boleh dicontohi walaupun individu itu mungkin pernah ada sejarah bekas gengster jenayah atau penagih dadah,” tambahnya.

 Beliau memberikan contoh kejayaannya membina kerjasama dengan Yayasan Hasanah pada 2019 melibatkan usahawan wanita yang 95 peratus daripadanya ialah bumiputera.

 Mereka itu jelasnya, langsung tiada pengalaman namun selepas mengikuti latihan intensif selama tiga bulan, ramai konsisten mampu menjana pendapatan bulanan RM100,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini