GERIK: Kawasan lalang di tepi jalan dan hutan seluas empat hektar berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Bintang Hijau, Sungai Rui di sini, terbakar tengah hari tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kebakaran itu diterima pada pukul 12.27 tengah hari dengan sepasukan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian. Katanya, operasi memadam kebakaran segera dijalankan dengan menggunakan pancutan air dari tangki, pam…