PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak warga Yaman berusia lima tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 dalam kejadian di sebuah kondominium di Bandar Putra Permai, Serdang dekat sini, kelmarin. Polis menerima laporan kira-kira 3.22 petang semalam berkaitan kejadian tersebut. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, semasa pengadu bertugas di Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah Serdang, dia menerima panggilan Mers 999 memaklumkan ada mangsa terapung di dalam kolam di kondominium tersebut. Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas badan kanak-kanak tersebut mendapati kaki sebelah kiri patah dan terdapat pendarahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya