Kalau bersuara, kena boikot - Adam Corie - Utusan Malaysia

Kalau bersuara, kena boikot – Adam Corie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Adam Corrie meluahkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir penerbit bersikap tidak adil yang menawarkan bayaran lakonan tidak setimpal dengan pengalaman yang dimilikinya.

Corrie yang beberapa kali menerima tawaran sedemikian berkata disebabkan itu dia mengambil pendekatan untuk menolak banyak tawaran berlakon filem dan memohon agar penerbit tidak menutup mata terhadap bayaran setimpal yang harus diterima pelakon.

“Pengalaman saya dalam industri seni tanah air menjangkau 30 tahun. wajarkah saya dibayar RM250 untuk satu babak bagi watak cameo? Kalau saya budak baru mungkin wajar.

“Saya sedih dengan keadaan ini, kenapa mereka downgrade dengan bayaran sebegitu. Saya ada pengalaman, budak tujuh tahun pun kenal saya.

“Ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapa. Kalau bersuara, kena boikot,” kongsinya kepada Utusan Malaysia.

Adam memberi penjelasan disebalik tindakannya sebelum ini yang menolak banyak tawaran berlakon filem.

Dalam masa yang sama, Adam yang namanya terkenal selaku pereka tari untuk Akademi Fantasia mempersoalkan dakwaan segelintir orang industri yang menyifatkannya sebagai pelakon bersikap demanding.

“Saya pun tak tahu bahagian mana saya bersikap sedemikian.

“Saya tak pernah minta penginapan lima bintang, pembantu untuk urut kaki dan jaga saya.

“Saya cuma minta bayaran setimpal, itu sahaja,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN