KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya tidak terus berasa selesa dengan kedudukan hari ini dan berharap kepada ‘gelombang’ semata-mata. Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, gabungan parti itu perlu mempunyai kekuatan tersendiri supaya ‘gelombang’ tersebut kekal sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). “Jangan anggap pengundi akan sentiasa bersama dengan kita. Betul, PRU15 lalu berlaku gelombang luar biasa dalam kalangan pengundi khususnya orang Melayu sehingga Perikatan Nasional menang…