Inisiatif UMNO Kangar, Rider Grab hantar 700 kotak kurma ke 35 sekolah di Kangar - Utusan Malaysia

Inisiatif UMNO Kangar, Rider Grab hantar 700 kotak kurma ke 35 sekolah di Kangar

FATHUL Bari Mat Jahya melakukan pelepasan sempena program Grab Kurma2School yang mana sebanyak 35 rider grab akan menghantar 700 kotak kurma ke 35 buah sekolah di seluruh kawasan Parlimen Kangar.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: UMNO Bahagian Kangar mengambil inisiatif menarik sempena Ramadan dengan bekerjasama dengan Grab bagi menghantar sumbangan sebanyak 700 kotak kurma ke 35 buah sekolah di seluruh kawasan Parlimen Kangar di sini semalam.

Melalui progam Grab Kurma2School itu, sebanyak 35 ‘rider’ grab akan menghantar kurma berkenaan ke sekolah terbabit.

Majlis pelepasan program berkenaan disempurnakan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya di hadapan pejabatnya di sini semalam.

Fathul Bari berkata, pihaknya bekerjasama dengan Grab bagi melakukan penghantaran berkenaan membabitkan 35 sekolah menengah dan rendah di dalam kawasan Kangar.

Katanya, disamping membantu ‘rider-rider’ grab ini, inisiatif tersebut juga sebagai tanda penghargaan dan ingatan terhadap pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah.

“Diharapkan program seperti ini memberi kebaikan kepada masyarakat dan rakan-rakan grab yang diraikan. Terima kasih juga kepasa Biro Pendidikan UMNO Bahagian Kangar yang menjayakan program ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN