Individu terlibat gaduh motosikal diminta tampil bantu siasatan

Individu terlibat gaduh penunggang motosikal diminta tampil bantu siasatan

VIDEO tular pergaduhan sekumpulan penunggang motosikal di Bukit Ampang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis meminta individu yang terlibat dalam video tular melibatkan pergaduhan sekumpulan penunggang motosikal di Bukit Ampang dekat sini, tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya setakat ini belum menerima sebarang laporan berhubung insiden itu.

“Rakaman video itu telah tular sejak 12 Mac lalu, setakat ini, polis belum menerima apa-apa laporan berkaitan pergaduhan tersebut.

“Kita minta mereka yang terlibat atau mempunyai maklumat berkaitan insiden itu untuk menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 14 saat yang memaparkan sekumpulan penunggang motosikal bertindak memukul seorang lelaki.

Tidak hanya ditendang dan dipukul, malah lelaki tersebut turut dipukul menggunakan topi keledar sewaktu terjatuh ekoran pergaduhan itu.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan dilihat sempat untuk bangun semula dan cuba melarikan diri daripada terus dipukul sekumpulan lelaki itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×