Hanya mati saya fikir, peluang kedua ini satu keajaiban - Siti Rosmizah - Utusan Malaysia

Hanya mati saya fikir, peluang kedua ini satu keajaiban – Siti Rosmizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbit dan novelis popular, Siti Rosmizah Semail bersyukur diberi peluang hidup kedua selepas kritikal akibat Covid-19 tahap ketiga hujung tahun lalu.

Siti Rosmizah berkata, ketika berada dalam keadaan separa sedar selama lima hari di hospital lantaran kegagalan paru-paru berfungsi, hanya kematian yang berada dalam fikirannya.

“Saya sudah pesan awal-awal kepada pasukan produksi drama Andai Itu Takdirnya, kalau apa-apa jadi teruskan sahaja. Saya fikir mati dalam masa sama, tertekan juga bila fikir pasal kerja.

“Mula-mula ingat Covid-19 biasa, rupanya-rupanya doktor memaklumkan saya berada di tahap serius. Tinggal satu stage sahaja sebelum ditidurkan. Saya perlu ambil steroid tahan sakit dan rawatan lain.

“Sakitnya ketika itu tak tahu macam mana nak terangkan. Lima hari saya bertarung nyawa. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur, beri saya peluang untuk terus berkhidmat untuk masyarakat menerusi penulisan,” ujarnya.

Terdahulu, penulis novel popular, Rindu Awak Separuh Nyawa itu mengalami simptom seperti demam dan batuk berpanjangan sebelum imasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di sini.

Bercakap tentang keadaan kesihatannya sekarang, Siti Rosmizah yang merupakan seorang peguam memaklumkan paru-parunya sudah rosak separuh dan memerlukan bantuan oksigen ketika tidur.

“Saya mudah rasa penat. Doktor ada pesan juga, jangan terlalu aktif bekerja sebab saya ini boleh ‘off’ pada bila-bila masa sahaja. Cuma itulah, takde pelapis. Siapa hendak buat kerja kan?

“Cuma saya berjaga-jaga, kawal kesihatan dengan baik. Kerja tetap perlu diteruskan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×