SEREMBAN: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas guru yang terlibat dalam perbuatan memuat naik isu dalaman sekolah di media sosial. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, guru tidak boleh sewenang-wenangnya berbuat demikian dan sekiranya aduan diterima, siasatan akan dibuat dan seterusnya tindakan boleh diambil. “Kita sudah ada garis panduan penggunaan media sosial ke atas guru-guru yang membuat kandungan di platform tersebut, dan haruslah ia dilaksanakan dengan tujuan…