Gagal kawal emosi, Hyeri mohon maaf - Utusan Malaysia

Gagal kawal emosi, Hyeri mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Kontroversi hubungan cinta tiga segi membabitkan pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Hyeri, Han So Hee dan Ryu Jun Yeol hangat diperkatakan netizen. 

Selepas So Hee dan Jun Yeol tiba di Korea Selatan dari Hawaii hari ini, pelakon My Roommate Is a Gumiho kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui gagal mengawal emosi sehingga memuat naik gambar di Instagram.

“Saya meminta maaf atas kontroversi dan spekulasi membabitkan saya beberapa hari ini. Saya tidak menyangka tindakan kecil itu mengundang kesan buruk. 

“November tahun lalu, seperti dilaporkan berita, hubungan percintaan saya selama lapan tahun sudah berakhir. Ia bukan keputusan yang dibuat dalam tempoh masa sekejap.

“Selepas berita perpisahan itu tersebar pun, kami masih berbual mengenai hubungan kami. Namun sekarang kami sudah tidak menghubungi antara satu sama lain,” katanya menerusi hantaran di Instagram. 

Jelas Hyeri, mendengar berita bahawa bekas kekasihnya itu sudah mempunyai kekasih baru yang juga pelakon So Hee, membuatnya sedikit beremosi.

“Selepas empat bulan berpisah, perkara ini terjadi. Apa yang anda baca di akhbar adalah emosi yang lahir dari seorang wanita bernama Lee Hyeri dan bukannya pelakon Lee Hyeri.

“Saya juga enggan menceritakan lebih lanjut mengenai sebab tindakan saya itu kerana perbualan saya dan bekas kekasih sangat peribadi dan hanya akan membuatkan anda penat.  Di masa hadapan saya berjanji akan lebih berhati-hati,” tulisnya.

Sebelum ini, So Hee mengesahkan hubungan cintanya dengan Jun Yeol selepas masing-masing dikatakan terbang ke Hawaii untuk bercuti bersama-sama.

Hyeri yang juga bekas kekasih kepada Jun Yeol memuat naik sebuah gambar dengan kapsyen ‘sangat kelakar’ sekali gus mengundang persoalan ramai. 

So Hee bagaimanapun dilihat sudah menukar status privasi blog dan instagramnya selepas berita ini tular.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya