ALOR SETAR: Anak-anak syarikat milik kerajaan negeri disarankan untuk meneroka pasaran pelancongan berasaskan kesihatan atau health tourism yang semakin mendapat perhatian pelancong dalam merancakkan pelancongan di Langkawi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Amar Pared Mahamud berkata, Langkawi yang tersenarai di tangga kesembilan sebagai Pulau Terbaik Di Dunia oleh majalah Travel Plus Leisure Readers 2023 seharusnya memiliki hospital pakar bertaraf antarabangsa. Katanya, fasiliti itu bagi menampung keperluan pelancong asing untuk mendapatkan rawatan…










