LAHAD DATU: Dua lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam laut di Batu 7, Kampung Payang, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam itu, kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Edwin, 25, dan mentuanya, Chan Wai Hou, 66, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, sepasukan tujuh pegawai dan anggotanya ke lokasi kejadian…










