PETALING JAYA: Tindakan seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintenden Polis (DSP) dipercayai melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara terbongkar selepas dia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin. Penahanan suspek berusia 55 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur itu turut menemukan wang tunai lebih RM1 juta dipercayai hasil bayaran daripada sindiket tertentu. Turut ditahan seorang anggota polis pangkat rendah yang dipercayai berperanan sebagai…