PETALING JAYA: Peningkatan suhu panas akibat El Nino dan diramal berterusan sehingga Mei ini menyebabkan haiwan berbisa termasuk ular mencari tempat perlindungan di kawasan lembab sehingga boleh mengancam keselamatan orang awam. Berdasarkan rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sebanyak 5,094 panggilan kecemasan diterima untuk perkhidmatan menangkap ular dan haiwan berbisa sejak Januari lalu sehingga semalam. Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, daripada jumlah panggilan, lima mangsa mengalami…