Bukan tentang perceraian - Shakira perjelas inti pati album baru - Utusan Malaysia

Bukan tentang perceraian – Shakira perjelas inti pati album baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penyanyi, Shakira, 47, menolak pandangan yang mengaitkan album terbarunya, Las Mujeres Ya No LIoran (Women No Longer Cry) sebagai rangkuman pengalaman menyakitkan yang dilalui penyanyi ini sebelum, semasa dan selepas penceraiannya dengan bekas suami yang juga bintang bola sepak, Gerard Pique.

Bercakap kepada Abc News, Shakira atau nama sebenarnya Shakira Isabel Mebarak Ripoll memaklumkan sebaliknya album pertama selepas tujuh tahun itu mengisahkan pencapaian dalam hidupnya termasuk kejayaan memperoleh hidup yang lebih bermakna.

“Album ini tidak menceritakan tentang perceraian sebaliknya berkenaan pengalaman hidup, perubahan daripada ditindas kepada kebangkitan melawan balik.

“Album ini juga tidak hanya bercakap tentang pengalaman menyakitkan, tetapi juga berkenaan pencapaian. Air mata ini tidak jatuh kerana amarah atau kesedihan, sebaliknya kerana kejayaan, pengiktirafan kendiri serta penemuan keyakinan dalaman,” katanya.

Pada Jun 2022, Shakira dan Pique mengumumkan perceraian mereka selepas 11 tahun bergelar suami isteri.

Perpisahan mereka berlaku selepas beberapa kes kecurangan membabitkan pemain bola sepak kelahiran Spanyol tersebut tular.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Milan dan Sasha.

Sementara itu, album terbaru yang juga ke-12 penyanyi berasal dari Colombia itu mula dipasarkan 22 Mac lepas dan mengandungi 16 lagu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN