PASIR SALAK: Keenakan buah kabung atau buah kantor sebutan dalam kalangan masyarakat tempatan di sini yang dimakan bersama air gula dan dimasak bersama daun pandan menjadi pilihan ramai di bulan puasa. Buah kantor dijadikan pemanis mulut berbuka puasa dan sudah menjadi tradisi masyarakat Kampung Gajah, hanya dihasilkan pada bulan puasa. Buah kabung seperti agar-agar sedap dimakan bersama air gula dan dimasak bersama daun pandan. Pengusaha buah kabung, Halimah Zainal Abidin,…