KUALA LUMPUR: Zool Amali Hussin atau lebih dikenali sebagai ‘Bozz Jebat’ menafikan mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg selain mendakwa video siaran langsung di TikTok telah disunting sebelum ditularkan. Sekretariat Pembela Tanah Air (Peta) itu mendakwa, video ‘live’ itu dibuat bagi mengulas tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang menurunkan pangkat bekas Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr.…