ARAU: Ketika generasi sekarang lebih banyak menghabiskan masa terluang dengan permainan video atau telefon pintar, berbeza pula dengan kanak-kanak dari Kampung Guring, Pauh di sini yang menjadikan bendang kering di kawasan berkenaan sebagai tempat bermain bola sepak pada sebelah petang. Setiap petang, khususnya pada musim panas ketika ini yang menyaksikan bendang kering tanpa sebarang aktiviti penuaian dan penanaman padi, sekumpulan lebih 20 kanak-kanak dari kampung berkumpul untuk bermain bola sepak…