PETALING JAYA: Kedutaan Jepun di Malaysia mengumumkan bahawa Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT) bagi tahun akademik 2025 untuk program Sarjana Muda (Undergraduate), Kolej Teknologi (KOSEN) Kolej Latihan Khas (Specialized Training College) dan Ijazah Lanjutan (Postgraduate) telah dibuka untuk permohonan. Rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Jepun dipelawa untuk memohon. Semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 117,000 yen ( RM4,000) akan diberikan kepada penerima biasiswa Sarjana…










