Bella masih terkejut, beri dia ruang bertenang - Didi Astillah

Bella masih terkejut, beri dia ruang bertenang – Didi Astillah

DIDI minta orang ramai beri Bella ruang bertenang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Adik kepada pelakon, Bella Astillah, Didi Astillah, memaklumkan kakaknya masih terkejut menerima berita suaminya, Aliff Aziz dicekup berkhalwat di sebuah kondominium, pagi tadi.

Menurut Didi, Bella masih belum boleh mengeluarkan sebarang kenyataan dan meminta semua pihak memberi ruang untuk kakaknya bertenang.

“Kalau boleh beri ruang kepada kakak saya untuk dia bertenang terlebih dulu sebab apa yang berlaku ini amat mengejutkan kami sekeluarga.

“Kami pun tidak tahu hendak bagi reaksi macam mana.

“Insya-Allah apabila kakak saya sudah bersedia dia akan berikan kenyataan,” katanya kepada media tempatan.

Difahamkan, keluarga mereka kenal rapat dengan pelakon wanita yang ditangkap bersama Aliff, namun enggan bercerita lanjut.

“Sebagai adik saya tidak mahu masuk campur urusan keluarga kakak saya.

“Cuma kami sekeluarga kenal rapat dengan pelakon wanita itu tetapi tidak tahu sejauh mana hubungan mereka.

“Saya pun tidak berani hendak cakap berapa kerap sudah mereka keluar bersama,” katanya.

Didi dan Bella hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas dimaklumkan penguat kuasa mengenai penangkapan itu.

Terdahulu, media melaporkan Aliff Aziz dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah.

Difahamkan, kedua-duanya sedang menjalani penggambaran sebuah drama sebelum ditahan.

Aliff dikatakan berulang kali memasuki kediaman pelakon wanita berkenaan sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN