Barat Daya, SPS berdepan gangguan air - PBAPP

Barat Daya, SPS berdepan gangguan air – PBAPP

TANGKAP layar mengenai notis yang dimuat naik oleh PBAPP berhubung masalah gangguan air di laman Facebook sejak malam tadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Beberapa kawasan di daerah Barat Daya termasuk di sekitar Balik Pulau dan Bayan Lepas selain daerah Seberang Perai Selatan (SPS) telah berdepan dengan masalah gangguan air sejak malam tadi.

Menurut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), hal ini demikian berlaku kerana, pengeluaran air oleh PBAPP di kawasan itu telah mencapai tahap maksimum.

“Disebabkan penggunaan air yang tinggi dan paras air pula berkurangan, rumah pam di sepanjang Sungai Ara, Batu Maung, Teluk Kumbar dan SPS telah terjejas.

“Situasi ini juga telah menyebabkan berlakunya tekanan rendah atau gangguan bekalan air di kawasan Lebuh Relau, Jalan Kelabu, Sungai Ara, Batu Maung, Bayan Lepas, Balik Pulau dan SPS,” katanya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, PBAPP memberitahu, mereka akan memaklumkan status terkini mengenai bekalan air itu dari semasa ke semasa.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku. Sila gunakan air dengan bijak,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN