KUALA LUMPUR: Seorang artis veteran ditahan reman selepas memukul abang iparnya di sebuah flat perumahan yang terletak di Bandar Tun Razak, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa berusia 41 tahun dikatakan berselisih faham dengan suspek. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, artis veteran yang juga adik ipar mangsa bertindak memukul dan mencederakannya di bahagian kepala serta badan menggunakan besi panjang. Kata…










