Anwar zahir penghargaan kepada Yusuf Islam

Anwar zahir penghargaan kepada Yusuf Islam, Syeikh Muhammad Haydara

ANWAR Ibrahim mendengar perkongsian pengalaman Yusuf Islam pada Majlis Ilmu MADANI di Seri Perdana.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Yusuf Islam, iaitu pemuzik Bristish yang sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevans dan ulama kelahiran Gambia, Syeikh Muhammad Haydara Al- Jilani kerana berkongsi pengalaman di kuliah MADANI di Seri Perdana.

Perdana Menteri berkata, Yusuf adalah seorang daie yang memperjuang keamanan dengan menggunakan dakwah sebagai senjata wajar dikagumi.

Hari ini kita amat bertuah dengan kehadiran Yusof Islam, bagi saya beliau adalah seorang individu yang hebat serta mengagumkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, Yusuf juga memiliki keberanian dan komited melaksanakan tanggungjawabnya dengan begitu gigih walaupun dunia sedang dilanda malapetaka tragik.

“Saya zahirkan penghargaan atas perkongsian peribadi Yusuf  Islam dan doa Syeikh Muhammad Haydara khususnya kepada Malaysia dan umat Islam secara umumnya,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Program Syarahan Madani akan diteruskan dengan penceramah jemputan bukan sahaja dari dalam tetapi luar negara.

“Alhamdulillah, kita mempunyai tradisi ini untuk menimba ilmu dan belajar tentang dakwah di kediaman rasmi Perdana Menteri,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN