SHAH ALAM: Siasatan awal polis mendapati anggota polis yang ditemukan mati di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang pada Sabtu lalu berada di situ untuk menziarahi ahli keluarganya. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, anggota polis dan isterinya tinggal di kuarters polis Sungai Besi, Cheras telah ke pangsapuri berkenaan sebelum ditemukan tidak sedarkan diri. Kata beliau, ketika selesai menziarahi, dipercayai berlaku pertengkaran di antara dia dengan isterinya. …










