SHAH ALAM: Ketibaan bulan Ramadan kali ini memberi peluang kepada pelakon, Putra Amaris untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
Jelas Amaris, program Share Rezeki kali ini membabitkan penglibatan beberapa Syarikat ternama sekaligus membuktikkan program ini mendapat sambutan yang baik.
“Saya mengambil iktibar dari banyak kisah masyarakat sejak tahun 2020. Jadi saya mula menggerakkan program ini yang juga secara tidak langsung menjadi ibadah infaq sempena menyambut bulan Ramadan.
“Menariknya tahun ini saya turut mendapat kerjasama beberapa syarikat bumiputera. Saya percaya ramai golongan yang berkemampuan mahu menghulurkan bantuan namun tidak dapat berbuat demikian atas beberapa kekangan. Jadi program Share Rezeki ini boleh menjadi orang tengah untuk mereka sebenarnya,” jelasnya.
Tidak sekadar berkerjasama dengan beberapa Syarikat tempatan, tahun ini juga cukup Istimewa buat Amaris apabila program kali ini turut disertai Pertubuhan Kasih TYZO.
“Memang saya mengalu-alukan penyertaan rakan-rakan artis lain setiap tahun. Kali ini saya sangat bertuah kerana disertai penyampai radio terkenal, Tyzo melalui Pertubuhan Kasih TYZO.
“Fokus kerjasama ini memastikan bantuan yang disampaikan dapat dinikmati mereka yang benar-benar memerlukan. Jadi saya yakin dengan kerjasama dengan dijalinkan Bersama Tyzo ini akan memberi lebih impak kepada misi kami,”katanya.
Melihat kemampuan program ini dalam membantu lebih ramai golongan tidak bernasib baik di luar sana. Katanya menjadi impianya untuk melihat program Share Rezeki bukan sahaja digerakkan pada bulan Ramadan tetapi sepanjang tahun.
“Selepas empat tahun program ini, memang saya akui pergerakkan untuk menyerahkan bantuan itu lebih mudah sebab pihak saya juga sudah mengenalpasti golongan atau rumah Kebajikan yang perlu dibantu.
“Cumanya bila ini hanya berlaku bulan Ramadan terdetik dalam hati saya agar apa yang diusahakan ini dapat dilakukan sepanjang tahun, sebab kita tahu golongan yang terjejas ini tidak kira masa,”katanya berharap.