Al-Maqari: kumpulan Qasidah pertama rakam lagu? - Utusan Malaysia

Al-Maqari: kumpulan Qasidah pertama rakam lagu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEJUARAAN yang dirangkul pada Pentas Marhaban 2023 telah membuka banyak pintu kebaikan buat kumpulan Al-Maqari. Hala tuju kumpulan Qasidah dengan lapan anggota asal ini terbentuk lebih jelas menerusi pelbagai perancangan yang disusun selepas kemenangan tersebut.

Berbekalkan sebahagian daripada wang kemenangan RM50,000 yang diraih, kumpulan yang aktif sejak lapan tahun lalu ini melangkah lebih jauh menerusi penerbitan lagu yang antaranya bakal menjadi naskhah asli yang dicipta khas untuk Al-Maqari.

“Beberapa lagu cover yang kami rakamkan dalam lenggok klasik Arab antaranya Ahlan Binabitah bersama pempengaruh, Furqan Fawwaz, Ramadan Tajalla dan yang terbaru, Waddili Salami yang kami terbitkan untuk musim haji nanti.

“Selain itu, kami juga merancang untuk merakam dan menerbitkan lagu yang ditulis guru kami untuk kumpulan ini. Hasrat kami, agar lenggok nyanyian dan muzik Arab klasik sekali lagi dapat kami terjemah dalam lagu itu nanti.

“Inilah antara pintu kebaikan kemenangan di pentas marhaban tempoh hari. Wang yang kami menangi dapat dilaburkan untuk penghasilan lagu, sekaligus bagi kelangsungan kumpulan ini,” kata Zainur Irsyadi selaku ketua kumpulan.

Al-Maqari ditakrifkan sebagai kumpulan Qasidah yang memperjuang elemen seni muzik dan suara Islam antaranya marhaban dan zanji.

Takrif itu dipegang kuat setiap ahli kumpulan ini yang menolak pandangan sesetengah pihak yang mentakrifkan mereka sebagai kumpulan nasyid.

Jelas ahlinya, Jalal Zaiki penting untuk masyarakat umum mengetahui bahawa Al-Maqari tetap sebuah kumpulan Qasidah bukan nasyid seperti pandangan sesetengah pihak.

“Al-Maqari sejak awal diperkenalkan sebagai kumpulan Qasidah. Nasyid pula sudah masuk dalam kategori berbeza. Jadi hala tuju kami tidak terarah kepada muzik nasyid.

“Matlamat kami adalah untuk tampilkan kumpulan Qasidah secara komersialkan dalam kelas tersendiri. Yang kami ke depankan adalah seni vokal berbanding alat muzik percussion yang sinonim dengan kumpulan qasidah. Itu kelainan kami tampilkan.

“Tidak dinafikan, memang ada pihak yang sebelum ini menawarkan kami peluang untuk merakamkan lagu nasyid. Tapi secara baik kami tolak kerana kami bukanlah kumpulan nasyid,” kongsinya.

PERLU BIMBINGAN GURU

Itu penerangan Zainur berkenaan qasidah yang merupakan sebuah ilmu yang diijazahkan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Katanya, ada cara dan kaedah yang mesti dipatuhi setiap pengamal qasidah bagi memperolehi keberkatan dalam mengamalkannya.

“Qasidah itu adalah sebuah ilmu yang diturunkan. Ia bukan semudah tengok Youtube dan nyanyi. Kena berguru.

“Guru akan membimbing dari segi baris bacaan, lagu, muzik dan sebagainya. Kami akan bertalaqqi dengan guru terlebih dahulu sebelum membuat persembahan atau memasuki pertandingan.

“Kita tak boleh melagukan begitu sahaja bait-bait syair yang ditulis golongan ulama. Semua itu ada ilmu yang perlu dipelajari.

“Guru kami juga ada cikgu yang mengajar beliau tentang qasidah. Kerana itu kita kena bersahabat dengan guru yang mengajarkan ilmu ini. Mudah-mudahan perjuangan kami diberkati dan berkekalan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya