PUTRAJAYA: Secara keseluruhannya, sekitar 77 peratus atau 85 daripada 111 inisiatif yang ditetapkan menerusi Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 berjaya dilaksanakan sehingga akhir tahun lalu. Pengarah Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN), Datuk Abd Aziz Aban berkata, antara inisiatif itu termasuk mewujudkan satu Rang Undang-Undang (RUU) baharu yang membawa kepada penubuhan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC). Beliau berkata, insiatif lain termasuk mewujudkan 45 peraturan dan prosedur baharu bagi mengekang rasuah…










