7.6 tan lebihan makanan diagih pada B40

7.6 tan lebihan makanan diagih pada B40

Lebihan makanan
AMIRUDIN Shari bertemu peniaga-peniaga bazar ada program MBSA 'MySave Food' @ Bazar Ramadan 2024 dekat Seksyen 19, di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN /AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 7.6 tan lebihan makanan dari bazar Ramadan diagih kepada golongan memerlukan di sekitar bandar raya ini oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak empat tahun lalu.

Menteri Besar Sela­ngor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program berkenaan memberi manfaat kepada golo­ngan B40 yang berdepan tekanan akibat peningkatan kos sara hidup mutakhir ini.

Menurutnya, peniaga bazar yang terlibat mengagihkan lebihan makanan kepada MBSA pada pukul 6.30 petang supaya kualiti makanan terpelihara dan selamat untuk dimakan.

“Ini bermakna sukare­lawan dan wakil penduduk boleh mengedarkan makanan pukul 8.30 malam. Ini bagi memastikan makanan tersebut masih baik untuk dinikmati.

“Program di Seksyen 13 (Stadium Shah Alam), Seksyen 17 dan Seksyen 19 akan diteruskan melibatkan bazar-bazar Ramadan lain bagi mengurangkan lebihan makanan dibuang secara sia-sia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program MBSA MySave Food@Bazar Ramadan, semalam.

Program tersebut mendapat kerjasama pihak pertubuhan bukan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) dan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan, MBSA juga akan memainkan peranan mengembangkan program berkenaan ke seluruh negeri melibatkan pihak berkuasa tempatan di semua sembilan daerah.

“Saya juga meminta Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Sela­ngor, Jamaliah Jamaluddin untuk mengarahkan kesemua PBT melaksanakan program tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN