KUBANG PASU: Kira-kira 10,000 warga Thailand yang bekerja di kedai atau restoran tomyam di negeri ini dipantau Jabatan Imigresen (JIM) Kedah untuk memastikan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Pengarahnya, Mohd. Ridzzuan Mohd. Zain berkata, JIM mengesan pelanggaran SOP berkaitan pas lawatan kerja mereka yang terlibat di sempadan Bukit Kayu Hitam, baru-baru ini. “Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam merupakan pintu masuk ke Malaysia…