Usir 1.8 juta orang di Rafah, undang Nakba 2.0

Usir 1.8 juta orang di Rafah, undang Nakba 2.0

PENDUDUK Palestin yang dipindahkan akibat konflik berterusan antara Israel dan kumpulan militan Hamas berkhemah berhampiran pagar sempadan antara Gaza dan Mesir. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dunia bakal me­nyaksikan tragedi Nakba 2.0 se­kiranya kira-kira 1.8 juta rakyat Palestin di Gaza yang kini berada di Rafah diusir meninggalkan tanah airnya selepas rejim Zionis meningkatkan operasi ketentera­annya di kawasan tersebut.

Keadaan itu amat membimbangkan kerana tiada lagi tempat untuk rakyat Palestin di Ga­za mendapatkan perlindungan apabila Mesir juga dilaporkan menambah kehadiran tentera­nya di sempadan Rafah bagi me­ngelakkan peristiwa Nakba ber­ulang.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia, Dr. Sharif Abu Shammala berkata, rejim Zionis mahu memusnahkan kehidupan rakyat Palestin di Gaza dengan menjadikan wilayah tersebut ‘padang jarak padang tekukur’.

Pada masa sama, menurut­nya, tindakan itu antara lain untuk memaksa rakyat Palestin meninggalkan tanah air mereka dengan berhijrah ke negara jirannya atau dibunuh menerusi pembunuhan beramai-ramai se­perti yang sedang dilakukan oleh rejim Zionis itu ketika ini.

“Serangan ke atas Rafah adalah tindakan selanjutnya rejim Zionis selepas mereka melumpuhkan sistem kerajaan di Gaza dengan menjadikan wilayah itu tidak lagi berdaya maju.

“Apa yang menjadi kebimbangan kami adalah Rafah kini menjadi lokasi paling padat di dunia dengan populasi hampir 1.8 juta orang. Mereka berlin­dung di dalam khemah, sekolah dan masjid, ini bermakna jika sasaran ditujukan kepada kawasan itu, jumla mangsa akan meningkat mendadak,” katanya ketika dihubungi.

Untuk rekod, tragedi Nak­ba yang berlaku pada tahun 1948 mengakibatkan sekitar 15,000 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih 750,000 orang berhijrah secara paksaan sele­pas tanah mereka dirampas oleh Israel.

Dalam peristiwa menyayat hati itu, lebih 400 perkampu­ngan rakyat Palestin dikosongkan secara paksa bagi membina penempatan haram penduduk Yahudi.

Keadaan sama sedang berla­ku di Semenanjung Gaza yang berkeluasan kira-kira 365 kilometer persegi apabila wilayah tersebut kini terbahagi kepada dua bahagian iaitu utara dan selatan.

Israel sebelum ini mensasarkan kawasan di utara Gaza de­ngan mengarahkan rakyat Palestin di sana berpindah ke selatan iaitu sekitar Khan Younis dan Rafah yang dijaminnya sebagai zon selamat.

Bagaimanapun, rejim Zionis itu dilaporkan mula mensasarkan Rafah sejak beberapa hari kebelakangan ini dengan alasan menghapuskan Hamas sedangkan agenda sebenar mereka adalah untuk menguasai kese­luruhan tanah Gaza dengan memaksa rakyat Palestin meninggalkan tanah airnya.

Mengulas lanjut, Sharif ber­kata, penting untuk dunia me­ngetahui bahawa kekejaman rejim Zionis terhadap Rafah berlaku selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada Amerika Syarikat (AS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN