PETALING JAYA: Kerjasama antara DAP dan UMNO perlu ada persefahaman dan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membolehkan mana-mana pemimpin parti menyemak sebarang kenyataan yang dianggap sensitif sebelum ia disebarkan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, kedua-dua parti itu perlu mewujudkan satu jawatankuasa bagi melakukan proses semak dan imbang sebelum mana-mana kenyataan dikeluarkan. “Kerajaan Perpaduan perlu ada satu jawatankuasa khas semak dan…