Tuntut RM8,0000 , Aiman Tino buru pasangan suami isteri - Utusan Malaysia

Tuntut RM8,0000 , Aiman Tino buru pasangan suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Aiman Tino, kesal dengan sikap penganjur sebuah acara di Sabah yang didakwa gagal melunaskan baki hutangnya yang telah tertunggak sejak setahun lalu.

Menurut Aiman atau nama sebenarnya, Muhammad Aiman Yusri, dia telah cuba menghubungi penganjur yang juga merupakan pasangan suami isteri itu untuk mendapatkan baki wangnya namun setiap kali menemui jalan buntu apabila pertanyaannya tidak dijawab.

“Sudah banyak kali saya hubungi dia dan kali terakhir mesej saya dibalas adalah pada 11
Oktober tahun lalu. Semalam (Sabtu) pun saya ada mesej dan cuba hubungi namun tiada jawapan.

“Sebab itu saya muat naik di laman sosial dan harap ada mana-mana pihak yang berkaitan
dengan mereka untuk beri maklum balas.

“Kalau tiada sebarang tindakan dalam tempoh tujuh hari saya akan berhubung dengan
peguam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Aiman terdahulu berkongsi tentang perkara itu di laman sosial miliknya termasuk mendedahkan perbualan dengan pihak berkenaan untuk menuntut baki bayaran sebanyak RM8,000 selepas terlibat dalam acara di empat lokasi sekitar tahun 2022.

Tambah Aiman pihak berkenaan tidak ambil endah akan panggilannya sebelum ini selain turut memuat status seolah-olan memerli dirinya.

“Pelbagai alasan diberikan sebelum ini. Namun lama-kelamaan dia senyap sahaja. Duit berkenaan adalah bayaran saya terlibat sebagai penyanyi dalam acara anjuran pasangan tersebut.

“Saya tambah geram lagi apabil dia boleh pula muat naik status di WhatsApp seolah-olah saya yang bersalah.

“Saya hanya minta dia memberi maklum balas sahaja supaya ada perbincangan untuk selesaikan hutang berkenaan,” jelasnya.

Menurut Aiman lagi ketika awal bekerjasama dengan pihak berkenaan dia tidak meminta
bayaran penuh dengan jumlah keseluruhan RM10,000 kerana percaya ia akan dilunaskan selepas tamat acara.

Aiman berkata dia juga enggan menyusahkan pihak berkenaan ketika itu dan tidak menyangka perkara sebegini boleh teriadi kepadanya.

“Saya tidaklah minta bayaran penuh sebab nak mudahkan urusan dia. Kita juga faham akan
situasi orang dalam menganjurkan acara. Tidak sangka sampai sekarang masih belum lagi selesai hutang.

“Pihak berkenaan adalah orang terkenal dalam penganjuran acara di Sabah. Ramai juga rakan-
rakan artis yang mengenali mereka, “katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya