ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berharap tiada lagi pihak mempolitikkan isu tunggakan gaji pemain Kedah Darul Aman (KDA FC) dengan mengaitkan pihaknya terutama Presiden badan induk bola sepak negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam KFA, Ibrahim Ismail berkata, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang juga Menteri Besar Kedah tidak lagi mempunyai kawalan terhadap KDA FC susulan langkah penswastaan yang dibuat. Menurutnya, tuduhan kononnya KFA culas…










