TAPAH: Tiga lagi tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor kelmarin berjaya ditangkap orang awam di dua lokasi berbeza pagi ini. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pada pukul 7 pagi tadi, dua tahanan ditangkap oleh kariah Masjid Batu Melintang. “Mereka datang untuk meminta air daripada kariah masjid yang kemudian menelefon pihak polis untuk menangkap mereka. “Kemudian, baru tadi (kira-kira pukul 11.30…










