Tiga kenderaan musnah dalam kebakaran

Tiga kenderaan musnah dalam kebakaran

DUA buah kereta dan sebuah motosikal musnah dalam satu kebakaran di kawasan tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Air Itam, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Dua buah kereta dan sebuah motosikal musnah dalam satu kebakaran di kawasan tempat letak kereta di Apartment Desa Intan, Ayer Itam di sini, hari ini.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Paya Terubong, Muhammad Nadzri Ismail berkata, tiada mangsa bagaimanapun dilaporkan terlibat dalam kejadian yang berlaku pada waktu tengah hari itu.

Terdahulu katanya, bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 12.02 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika tiba di sana, ketiga-tiga kenderaan itu iaitu sebuah kereta Perodua Myvi, sebuah kereta Perodua Kancil dan sebuah motosikal didapati telah 80 peratus terbakar.

“Selain kenderaan, kebakaran itu turut melibatkan dua unit ‘compressor’ (pemampat) penghawa dingin yang dipercayai terkena bahang api,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 12.18 tengah hari dan api dipadamkan sepenuhnya hampir satu jam selepas itu.

“Untuk pengetahuan, operasi pemadaman juga dibantu oleh pasukan bomba sukarela berdekatan,” katanya.

Difahamkan, punca kejadian dan jumlah sebenar kerugian masih belum dapat dikenal pasti ketika ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini