PADANG BESAR: Cuaca panas melampau sehingga mencecah 39 darjah Celsius dengan tiada hujan sudah lebih sebulan lalu menyebabkan terdapat kawasan sawah di negeri ini mula merekah dan kering kontang. Antaranya di kawasan sawah padi di Kok Klang, Chuping di sini yang merupakan antara lokasi titik panas di negeri ini menyaksikan terdapat sawah yang merekah sehingga menyaksikan ada pesawah terpaksa mengerat sendiri padi selepas mesin padi tidak boleh masuk akibat tanah…