Tak kongsi hal keluarga di media sosial, Elvina Mohamad takut terkena penyakit ain - Utusan Malaysia

Tak kongsi hal keluarga di media sosial, Elvina Mohamad takut terkena penyakit ain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Elvina Mohamad, 29, mengaku tidak selesa berkongsi perihal keluarga di media sosial atas sebab keselamatan.

Jesuteru, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu memaklumkan platform tersebut hanyalah saluran untuk dia memuat naik hal kerja dan bukan cerita dalaman rumah tangga.

“Kadangkala, orang ramai tak suka tengok kita kongsi kebahagiaan kita di media sosial. Apa yang saya buat, saya simpan untuk diri sendiri. 

“Saya takut terkena penyakit ain. Disebabkan itu saya lebih banyak berkongsi hal kerja di Instagram (IG).

“Sekarang macam-macam perkara yang jadi. Sebab itu, kegembiraan kami biarlah hanya saya dan keluarga yang tahu,” katanya ketika ditemui sewaktu tayangan filem Waruga, baru-baru ini.

Mengulas tentang filem tersebut, Elvina memaklumkan Waruga merupakan filem seram pertama dijayakannya.

Katanya, dia mengalami kejadian aneh sewaktu menyertai penggambaran filem tersebut pada Mac 2021 di Pulau Carey.

“Untuk melakonkan filem seram bagi saya agak sukar memandangkan saya seorang yang penakut. Sepanjang penggambaran filem ini, saya pernah berhadapan beberapa kejadian mistik.

“Antaranya saya beberapa kali ditindih semasa tidur sehingga tidak boleh bernafas. Anehnya, ia berlaku pada siang hari.

“Bukan itu sahaja, saya juga nampak kelibat hitam di set penggambaran. Disebabkan perkara itu, saya minta direhatkan seketika sebelum meneruskan penggambaran,” jelasnya.

Dalam pada itu, Elvina memaklumkan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan tidak pernah menghalang keinginannya untuk terus menjadi pelakon.

“Suami saya seorang yang sangat supportive.  apa sahaja tentang kerjaya, dia akan sokong. 

“Jadi bila acara sebegini, dia sokong dari jauh. Dia pun tak berminat nak ikut, kalau dia ikut pun dia tak tahu nak buat apa, kita berseronok dengan kawan-kawan, tapi dia tak tahu nak buat apa,” katanya lagi.

Waruga bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 15 Februari depan. Turut menjayakan filem ini ialah Zahiril Adzim, Eriza Allya, Sahronizam Noor, Ustaz Dinie, Along Eyzendy, Izzue Islam dan Ruminah Sidek.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN