SPRM tahan dalang utama kes rasuah tawar skim rumah PPR

SPRM tahan dalang utama kes rasuah tawar skim rumah PPR

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang merupakan dalang utama sindiket meminta rasuah dan memperdaya orang ramai membabitkan tawaran rumah bagi skim Program Perumahan Rakyat (PPR) di Sandakan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan wanita berusia 40-an itu semasa suspek hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Sandakan kira-kira pukul 10.35 malam.

Menurut sumber, tangkapan ke atas suspek wanita tersebut susulan penahanan dua beranak semalam kerana disyaki terlibat dalam kes sama iaitu memperdaya orang ramai melibatkan permohonan rumah PPR:

Katanya, suspek wanita itu dipercayai menjadi dalang utama sindiket yang memperdaya pemohon rumah PPR itu dengan menerima kira-kira RM10,000 sejak tahun lalu.

“Sindiket ini telah meminta wang rasuah sama ada secara tunai atau pindahan ke akaun bank dan menjanjikan rumah mesra rakyat termasuk insentif seperti perkakasan rumah kepada orang ramai.

“Supek wanita ini telah ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan ketika hadir bagi membantu sisatan kes berkenaan pada pukul 10.35 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek ketiga ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang pernah menjadi mangsa kepada sindiket seperti ini untuk tampil bagi membantu siasatan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN