KEPALA BATAS : Sekumpulan wakil rakyat pembangkang di Pulau Pinang hari ini menuntut Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid memberi penjelasan mengapa tiada sebarang peruntukan di bawah skim bantuan zakat diberikan kepada mereka pada tahun ini. Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, hal ini demikian kerana, berdasarkan rekod yang disimpan oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP), kedua-dua…